Senarai lagu yang dirakamkan oleh Ariana Grande

Grande mengadakan persembahan di Tampa Bay Times Forum pada Disember 2013

Ariana Grande ialah seorang penyanyi dan pelakon Amerika. Kerjaya muzik beliau bermula pada tahun 2011 apabila beliau menyumbang vokal untuk album runut bunyi untuk sitkom Amerika, Victorious, di mana beliau juga membintangi siri tersebut dari tahun 2010 hingga 2013.[1] Tiga album runut bunyi dikeluarkan antara 2011 dan 2012.[2] Pada tahun 2011 Grande juga mula bekerja sebagai seorang artis bebas di luar Victorious. Single sulungnya "Put Your Hearts Up", sebuah lagu bubblegum pop, telah dikeluarkan pada tahun yang sama. Grande kemudian memanggilnya "tidak sahih dan palsu" dan menyifatkan ia sebagai "masa yang paling teruk dalam hidup saya"; beliau menyembunyikan video tersebut di akaun Vevo beliau.[3] Selepas melahirkan rasa kecewanya dengan lagu itu, Republic Records memberi Grande kawalan yang lebih kreatif penerbitan album sulungnya.

Yours Truly telah dikeluarkan pada September 2013.[4] Ia didahului oleh keluaran single pertama, sebuah lagu R&B bertajuk "The Way" menampilkan Mac Miller.[5] Ia ditulis oleh Miller, Harmony Samuels, Amber Streeter, Al Sherrod Lambert, Brenda Russell dan penyanyi Amerika Jordin Sparks.[6] Single seterusnya termasuk "Baby I",[7][8] dan "Right There" menampilkan Big Sean, Grande menyatakannya sebagai kesinambungan "The Way".[9] Grande bekerjasama dengan Babyface untuk pengenalan album "Honeymoon Avenue" dan merakamkan duet bersama Nathan Sykes bertajuk "Almost Is Never Enough".[6] Christmas Kisses, EP pertama Grande, telah dikeluarkan pada Disember 2013.,[10] album ini hanya mempunyai 4 lagu termasuk kolaborasi bersama Elizabeth Gillies.

  1. ^ Brown, Lauren (April 21, 2010). "Elizabeth Gillies from Victorious Interview – Seventeen". Seventeen. Dicapai pada March 8, 2015.
  2. ^ Victorious 3.0 (inlay cover). Various Artists. Nickelodeon Records, Sony Music Entertainment. 2012.CS1 maint: others (link)
  3. ^ Green, Andi (May 22, 2014). "How Ariana Grande and Max Martin Made 'Problem' the Song of the Summer". Rolling Stone. Dicapai pada March 8, 2015.
  4. ^ "Yours Truly – Ariana Grande". iTunes Store, Apple. September 3, 2013. Dicapai pada March 8, 2015.
  5. ^ "Ariana Grande ft. Mac Miller: 'The Way' – Single review – Music Singles Review". Digital Spy. March 18, 2013. Dicapai pada March 8, 2015.
  6. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama YoursTrulyCredits
  7. ^ Rubenstein, Jenna Hally (July 22, 2013). "New Song: Ariana Grande, 'Baby I'". MTV. Dicapai pada March 8, 2015.
  8. ^ Anderson, Kyle (July 22, 2013). "Ariana Grande's new single 'Baby I': Hear it here". Entertainment Weekly. Dicapai pada March 8, 2015.
  9. ^ Vena, Jocelyn (July 26, 2013). "Ariana Grande Taps 'Good Dude' Big Sean For 'The Way' Sequel". MTV News. Dicapai pada March 8, 2015.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ChristmasKissesCredits

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search